Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat
1) Menyeru
agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu
untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran
Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2) Kerajaan yang
memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan
bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan
sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang
bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah
dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3)
Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas
dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat
dimasukkan sebeagai kandungan utama.
4) Menuntut supaya kerajaan
mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah
dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan
Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5) Menuntut agar sistem
pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang
boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa
pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid
dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6)
Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang
menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang
berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan
kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan
kekeliruan terhadap Islam.
7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan
politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda
tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil
sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat
kesucian Islam.
8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat
terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam
mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi
anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan
akidah.
9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal
aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media
baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh
sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil
tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10)
Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun
yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan
lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat
mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk
pencerobohan.
sumber: malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment