Friday, September 28, 2012

Perokok juga mempunyai hak!!!


BETULKAH PEROKOK JUGA ADA HAK?

Ya! Perokok juga ada hak sebagai manusia..Jangan nafikan hak mereka hanya kerana mereka perokok..
Disini saya akan memberikan Hak anda sebagai seorang perokok untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok.

Dengan membelanjakan 50 sen untuk sebatang rokok,anda sebenarnya membelanjakan:
-24 sen untuk cukai hasil tembakau
-14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
-5 sen untuk peruncit
-1 sen untuk keuntungan pemborong
-1 sen untuk dinikmati penanam tembakau
Nilai sebenar sebatang rokok hanya 5 sen!!!

Setiap rokok yang dihisap anda sebenarnya mendapat beberapa kelebihan berbanding dengan orang yang tidak menghisap rokok. Antara kelebihan yang anda perolehi ialah:
-20 kali lebih kelebihan untuk mendapat kanser paru-paru
-10 kali lebih kelebihan untuk mendapat penyakit paru-paru
-10 kali lebih kelebihan untuk mendapat saluran darah yang tersumbat
-4 kali lebih kelebihan untu mendapat serangan jantung
-2 kali lebih kelebihan untuk mendapat serangan strok
-50% kelebihan untuk berjumpa dengan malaikat maut lebih awal akibat tabiat merokok

Paling utama,kelebihan yang anda perolehi ini juga akan dikongsi bersama oleh isteri,anak-anak,dan orang tua anda…Antara kelebihan yang mereka perolehi setelah anda berjumpa dengan malaikat maut ialah:
-Isteri anda boleh berkahwin lain
-anak-anak anda akan mewarisi harta pusaka anda(itupun kalau adalah)
-ibu bapa anda dapat mengurangkan perbelanjaan rumah sebab anda dah tiada(jadi,lambatlah sikit beras di rumah tu abis)..
BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT..INGATLAH ORANG-ORANG YANG TAK MENYANYANGI ANDA…

No comments:

Post a Comment